NUFFNANG

Rabu, Julai 17, 2013

SIPUT RAWAT KULIT MUKA

Klinik guna siput rawat muka
Sanggupkah  anda merasai pengalaman meletakkan siput hidup di muka semata-mata untuk rawatan kecantikan? Di Tokyo Jepun ada.

Rawatan kecantikan ini ditawarkan di Jepun. Wanita yang ingin menghilangkan sel kulit mati, membersihkan liang pori muka boleh meletakkan siput hidup di muka mereka.

LIHAT VIDEO :

Pekerja klinik kecantikan, Manami Takamura berkata, tiga ekor siput hidup akan diletakkan di muka para pelanggan bagi menjalani rawatan kecantikan.

“Lendir dari siput ini membantu membuang sel kulit mati, menyembuhkan kulit akibat cahaya matahari dan rawatan ini juga mampu melembabkan kulit,” katanya.

Katanya lagi, cara ini juga mampu memberi pelanggan 100 peratus inti pati siput dengan sentuhan secara langsung terus kepada kulit pelanggan selama satu jam.

Pelanggan Sayaka Ito berkata, rawatan ini amat santai sehingga membuatkannya hampir tertidur.

“Anda boleh rasakan siput bergerak ke seluruh muka. Pada mulanya ia agak mengejutkan tetapi rawatan ini benar-benar berkesan.

"Kini kulit muka saya juga lebih licin dan lebih lembab,” ujarnya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: