NUFFNANG

Rabu, Mei 21, 2014

Ketahui Antara Hikmah diciptakan Air Laut itu Masin

Tentang air laut, ada hadits menyebut ;

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ - صلى الله عليه و سلم - فِي البَحْرِ : هُوَ الطَّهُوْرُ مَاؤُهُ الحِلُّ مَيْتَـتُهُ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang laut, "Ianya thohur (suci dan mensucikan) airnya dan halal bangkai (di dalam) nya."  [HR Ahmad, Malik, Ibnu Khuzaimah dan At Tirmidzi - Shahih] 

Allah S.w.t menjadikan air laut sangat masin hingga terasa pahit, untuk menyempurnakan kemaslahatan kehidupan di muka Bumi, baik manusia mahupun haiwan.  Air laut itu diam tidak mengalir dan banyak haiwannya. Banyak pula yang mati di laut dan tidak perlu dikuburkan.

Sekiranya air laut itu manis (atau tawar) tentu ia akan menjadi busuk kerana kematian berbagai macam haiwan di dalamnya, sehingga akan mengotori udara di seluruh dunia. Maka telah ada ketetapan hikmah Allah yang menjadikan air laut itu masin. Sekiranya berbagai macam bangkai, yang busuk dan mati di alam ini dilemparkan ke laut, maka tak akan mampu mengubah keadaannya sedikit pun semenjak ia diciptakan sampai kelak Allah menghancurkan alam ini.

Inilah sebab yang tidak kelihatan, kenapa air laut itu masin. Adapun sebab langsungnya, kerana Bumi itu sendiri adalah masin.  [1]

"Dan Dia-lah (Allah) yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), ......." [Surah an-Nahl : ayat 14]

Allah telah menciptakan pada laut itu ikan-ikan kecil dan ikan-ikan besar, lalu menghalalkannya bagi hamba-hambaNya untuk dimakan dagingnya, baik dalam keadaan hidup mahupun telah mati, baik orang itu dalam keadaan tidak ihram mahupun sedang ihram. [2]

Mandi di laut bermanfaat untuk merawat berbagai macam penyakit kulit. Tapi meminum air laut sangat berbahaya bagi tubuh luar mahupun dalam, kerana ia mengganggu perut, menguruskan dan menimbulkan gatal-gatal serta membuat haus. Siapa yang terpaksa harus meminumnya, maka ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangi kesan negatifnya, diantaranya ialah dengan cara pengeluapan. 

Cara lain ialah dengan menggali lubang yang lebar di tepi pantai atau dekat penampungan air laut di tanah, air laut meresap masuk ke dalam lubang itu, lalu buat lubang kedua agar air meresap masuk ke dalamnya, lalu buatkan lagi lubang ketiga agar air meresap masuk ke dalamnya, hingga air laut itu benar-benar menjadi tawar.  [3]

Air laut mengandungi kira-kira 35,000 ppm (parts per million) garam. [4]  Ianya sama dengan 35 gram garam per satu liter (atau kilogram) air. Manakala air tawar mengandungi 1,000 ppm garam.

Rujukan :

1 - Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah - Ringkasan Zaadul Ma'ad , buku 4, pengubatan ala Nabi.
2 - Tafsir Ibnu Katsir.
3 - Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah - Ringkasan Zaadul Ma'ad , buku 4, pengubatan ala Nabi.

4 - http://water.usgs.gov/edu/drinkseawater.html

-unikversiti.blogspot.com-

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: