NUFFNANG

Jumaat, Julai 11, 2014

KEMENTERIAN KESIHATAN: HENTIKAN SEGERA PENGAMBILAN MAJUN BURUNG UNTA

Dikesan mengandungi Dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952
KUALA LUMPUR 10 Julai - Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada orang ramai supaya menghentikan pengambilan produk kesihatan, Majun Burung Unta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang awam dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar itu yang didakwa boleh merawat lemah tenaga batin, sakit saraf, sakit pinggang, sendi lutut, sakit jantung dan sebagainya.

"Melalui satu kajian oleh Pusat Permonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, majun ini dikesan mengandungi Dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat doktor serta rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

Beliau berkata, antara kesan advers penggunaan produk ini termasuk peningkatan berat badan, peningkatan paras gula dalam darah dan sindrom cushing, yang mempunyai simptom muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah-olah mengecil.

Justeru, peniaga dinasihatkan segera menghentikan penjualan majun ini atau boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM25,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: