NUFFNANG

Khamis, Julai 10, 2014

PIALA DUNIA: SCOLARI BELUM FIKIR LETAK JAWATAN

TERESOPOLIS: Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari memberitahu hari ini bahawa dia hanya akan memikirkan tentang masa depannya selepas berakhir saingan pasukannya di Piala Dunia, Ahad ini. 

Scolari berkata, beliau juga akan membincangkan berkenaan hala tuju kerjayanya itu dengan Gabungan Bola Sepak Brazil (CBF) selepas tamat kejohanan itu. 

“(Sekarang ini) kami masih mempunyai kerja. Kami mempunyai komitmen dengan CBF sehingga tamat saingan Piala Dunia dan berakhirnya aksi Piala Dunia kami adalah Sabtu ini (Ahad, waktu Malaysia),” katanya merujuk perlawanan tempat ketiga dan keempat menentang sama ada Argentina atau Belanda. 
PENYOKONG Brazil mengamuk di Sao Paulo, pagi ini ekoran kekalahan memalukan 1-7 Brazil kepada Jerman dalam aksi separuh akhir Piala Dunia di sini.
 “Segalanya hanya ditentukan selepas perlawanan itu, kita akan bercakap dengan arahan CBF, kemudian kita akan membuat keputusan,” kata Scolari, yang memulakan tugas sebagai pengendali skuad Brazil untuk kali kedua pada Disember 2012. 

Walaupun diaibkan Jerman dengan kekalahan memalukan di Belo Horizonte, pagi semalam, Scolari sedaya upaya meletakkan prestasi Brazil di kedudukan yang terbaik, terutama selepas membawa pasukannya buat kali pertama layak ke separuh akhir sejak kali terakhir pada tahun 2002.

  ”Ini adalah kali pertama kami sampai ke separuh akhir sejak 2002, jadi mungkin prestasi kami tidak begitu buruk,” kata Scolari. 

Kekalahan teruk Brazil ke atas Jerman, 1-7 pagi semalam, menyebabkan pengendali berusia 65 tahun ini dikritik hebat media dan penyokong bola sepak negara itu. -AFP. 

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: