Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan, pusat gempa adalah di enam darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 11 kilometer barat laut dari Ranau, menyebabkan gegaran di kawasan tersebut.
Kementerian itu berkata Jabatan Meteorologi Malaysia kini memantau perkembangan dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan.
Pada 5 Jun lepas, Ranau digegarkan dengan gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dengan meragut 18 nyawa pendaki dan malim gunung di Gunung Kinabalu.
Fragile slope may cause another mudslide in Ranau (video)
Penduduk di kaki gunung perlu waspada
Penduduk yang tinggal di kaki Gunung Kinabalu terutama di Kota Belud dan Kundasang diingatkan terus berwaspada dan memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat aliran sungai terhalang atau terjadi empangan sementara, kata Pensyarah Geologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul.
Semasa membuat tinjauan ke Kota Belud hari ini bagi melihat keadaan sungai yang berpunca dari Gunung Kinabalu, beliau mendapati jumlah air pada Sungai Ulu Kadamian dan Sungai Penataran meningkat berbanding hari sebelumnya berikutan hujan di kawasan ergunungan.
Beberapa runtuhan besar berlaku di atas Puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi di Sabah. |
"Selepas hujan lebat di gunung, paras air meningkat begitu cepat dan bertukar menjadi sangat keruh kerana kandungan lumpur meningkat secara mendadak dan pada 11.30 pagi, banjir (di sungai) sudah menjadi besar," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata kira-kira satu jam selepas itu, banjir lumpur berlaku di sungai tersebut dan Sekolah Kebangsaan Kiau Taburi dikhuatiri menjadi sasaran banjir lumpur kedua pada kali ini kerana kedudukan yang berdekatan dengan sungai.
Di samping itu, Felix turut meninjau di Kampung Malangkap Baru bagi melihat keadaan Sungai Panataran, dan mendapati air sungai naik tetapi masih berada pada paras terkawal.
Felix berharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih kerap ke atas sungai-sungai berisiko memandangkan ia sekarang mudah dilanda banjir berikutan laluan sungai sudah 'dibersihkan' oleh banjir lumpur yang pertama.
Beliau berkata keadaan ini dijangka akan terus terjadi pada masa akan datang selagi bahan tanah runtuh di kaki gunung terus berkumpul dan hujan lebat berlaku.
"Keadaan ini juga boleh berlaku di Sungai Mesilou Kiri dan Sungai Mesilou Kanan di Kundasang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan