NUFFNANG

Isnin, November 02, 2015

SubhanAllah...Gurun Paling Tandus Didunia Bertukar Menjadi Taman Bunga

Meknajubkan!!! Lautan bunga yang tumbuh di Gurun Atacama
COPIAPO, Chile – Menakjubkan Gurun paling kering di dunia, Gurun Atacama di Chile bertukar menjadi taman bunga berwarna-warni baru-baru ini kesan fenomena cuaca yang sudah tidak menentu ataupun disebut  El Nino.


Beginilah Sejak 50 tahun yang lalu Gurun Atacama sentiasa tandus gersang...
Fenomena cuaca itu yang bermula di tengah Lautan Pasifik menyebabkan banyak kawasan di dunia mengalami musim kering dan hujan ekstrem.



Di gurun Atacama yang terletak di utara Santiago, Chile, pelbagai spesies bunga tumbuh melata seperti hamparan permaidani dalam pemandangan yang tidak pernah dilihat sejak bebeberapa dekad lalu.



"Pada tahun ini, fenomena istimewa berlaku apabila gurun ini menerima taburan hujan paling banyak sejak 50 tahun lalu," kata seorang pakar gurun daripada Universiti Atacama, Raul Cespedes.

VIDEO : SubhanAllah...Gurun Paling Tandus Didunia Bertukar Menjadi Taman Bunga

Menurutnya, fenomena El Nino menyebabkan taburan hujan lebat luar biasa berlaku di kawasan gurun paling kering di dunia itu. – AFP

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: