Sebab itu orang cakap, hendak beli buah durian ada cara-caranya. Jangan main beli sembarangan. Anda kena pandai pilih untuk memastikan isinya berlemak dan manis. Berbaloi dengan duit yang kita bayar.
Jadi, untuk mengelakkan anda ditipu ketika membeli durian, penulis sediakan 9 panduan yang mungkin berguna bagi mereka yang gemar makan buah durian.
1) Lihat Tangkai
Hendak mengetahui isi tebal atau tidak, Anda cungkil kulit tangkainya dengan kuku, jika tebal, maka isi dalamnya juga tebal.
Durian dengan tangkai yang tebal dan pendek menunjukkan bahwa isi buah tersebut banyak dan tebal.
Sementara itu, durian bertangkai ramping dan panjang merupakan petunjuk bahawa buah durian tersebut memiliki isi yang sedikit dan tidak terlalu tebal.
Nak tahu isi kuning atau tidak, anda tengok dibahagian dalam kulitnya. Jika kuning maka isinya juga turut berwarna kuning.
Cuba lihat bahagian tangkai atas pula. Jika tangkainya sudah tidak bergetah atau sudah kering, tandanya durian sudah lama diambil dari pohonnya. Jadi, carilah durian yang masih bergetah bahagian atasnya makna durian tersebut masih baru.
2) Perhatikan duri durian

Sekiranya kulit berduri jarang dan besar-besar, maka durian itu berisi padat. Jika duri durian itu kecil dan berjarak dekat, isi durian itu pasti lembik dan kurang padat.
3) Pilih yang ringan
Sebab, durian yang berat kebiasannya masih mentah, isinya sudah berair , busuk atau sudah tidak elok.
4) Kulit Durian
3) Pilih yang ringan
Sebab, durian yang berat kebiasannya masih mentah, isinya sudah berair , busuk atau sudah tidak elok.
4) Kulit Durian
Jangan pilih yang sudah retak atau durian yang sudah pecah di hujungya. Sebab durian yang sudah pecah kebanyakannya sudah tidak elok dan berasa masam. Durian ini sesuai dijadikan sebagai tempoyak.
5) Goncangkan
Anda letak kedua tapak tangan pada buah durian , pegang dengan erat dan goncang perlahan-lahan. Jika anda dapat merasakan getaran kecil, ia bermakna isi durian itu matang dan kering. Isi yang kering ini akan terpisah dari kulit durian , manakala isi yang lembab, lunak, berlemak akan melekat pada dinding kulit durian. Ini tips untuk memilih isi durian yang berkualiti.
6) Pilih yang ada 5 pangsa

Apa itu pangsa? Anda lihat dari permukaan kulit durian, ia kelihatan garis yang berwarna coklat dari bahagian atas sampai bahagian bontot durian. Durian yang terbaik dan elok, ada 5 pangsa dan isinya lebih banyak berbanding durian lain yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.
7) Ambil yang bulat
7) Ambil yang bulat
Durian yang bentuknya bulat bermakna isinya besar dan banyak. Durian bujur kebiasannya isinya sedikit sahaja. Durian berbentuk lonjong pula isinya lebih manis dan sedap.
8) Jangan lupa cium bau durian
8) Jangan lupa cium bau durian
Senang sahaja, durian yang berbau kuat, kemungkinan buahnya besar, manis dan matang. Jadi hendak pilih durian, kena bau dulu! Kalau tiada bau, durian itu mungkin masih belum masak dan isinya sudah masuk angin. Bila masuk angin, isi akan jadi tawar hambar.
9) Satu durian besar lebih baik
Membeli satu buah durian yang besar lebih baik daripada tiga durian kecil-kecil. Isi satu durian yang besar setara dengan empat sampai lima durian kecil.
9) Satu durian besar lebih baik
Membeli satu buah durian yang besar lebih baik daripada tiga durian kecil-kecil. Isi satu durian yang besar setara dengan empat sampai lima durian kecil.
1 ulasan:
memang bernas dan terbaik dia punya tips, memang pakar durian ni... tips last tu best..huhu
Catat Ulasan