NUFFNANG

Sabtu, Jun 25, 2016

BENARKAH LAGU CINDAI SERU PONTIANAK?

Cindai di siniiiiiii........
LAGU Cindai sering disalah erti sebagai merujuk kepada hantu pontianak.
Apa perasaan anda ketika sedang menyanyikan lagu Cindai, tiba-tiba terdengar suara perempuan menyahut, “Cindai di sini!”.

Pasti tegak bulu roma dibuatnya. Itu adalah kisah yang berlegar-legar di internet apabila menyebut sahaja lagu Cindai. Ada yang mendakwa lagu itu menyeru hantu pontianak.


Lagu alunan Datuk Siti Nurhaliza yang mula popular pada 1998 itu masih dianggap lagu evergreen, malah ‘berhantu’ sehingga kini.

Pelbagai kisah seram timbul susulan terciptanya lagu tersebut.
Inilah Cindai  kain sutera bercorak seperti ular sawa dan digelar raja segala kain...
Penulis lirik lagu Cindai, Hairul Anuar Harun sendiri mengakui yang sehingga kini masih lagi menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai makna di sebalik lagu tersohor itu.

“Dalam konteks seni kata lagu Cindai, ia adalah perlambangan kepada seorang wanita yang cekal dan tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya".

"Wanita tersebut tetap berfikiran positif dan tidak mahu memanjangkan lagi rasa rajuk dan duka nestapanya demi mencapai impian yang dihajati,” kata penulis lagu itu.

Terlalu banyak cerita yang didengar mengenai lagi Cindai dan kaitannya dengan kisah-kisah mistik dan menyeramkan.
Dalam bahasa Minangkabau Cindai bermakna Hantu Pontianak...
Dikatakan ada yang mengalami pelbagai peristiwa seram seperti melihat pontianak ketika menyanyikan lagu tersebut.

"Malah ada yang mengaitkan lagu itu dengan kisah percintaan antara Tun Iram Sandiri dan Tun Biajid, anak kepada Hang Tuah".

Kadangkala, maksud di sebalik lagu Cindai yang diinterpretasi oleh orang ramai melangkaui akal fikiran manusia biasa.

Mungkin kerana Cindai mempunyai dua makna iaitu kain sutera berbunga-bunga dan satu lagi bermaksud hantu pontianak jika di Minangkabau, maka lagu itu dianggap berhantu.
Hang Jebat membalut luka tikaman Keris Taming Sari dengan kain Cindai untuk mengurangkan bisa tikaman yang teramat sangat...
Apa itu Cindai? Dari segi sejarah kain cindai ini ialah kain yang digunakan Hang Jebat untuk membalut luka pada perutnya selepas ditikam oleh Hang Tuah.
Dan ada yang mengatakan cindai ini sebenarnya perempuan yang mati ketika melahirkan anak dan menjadi "Pontianak" . Wallahua'lam...

Ini antara pengalaman seram Lagu Cindai-Dato’ Siti Nurhaliza yang pernah tersebar diinternet dan media sosial.
Ada yang mendakwa lagu ini mirip lagu yang dinyanyikan oleh puteri bunian
Lagu ni dikatakan lagu bunian. Ada yang mendakwa lagu ini mirip lagu yang dinyanyikan oleh puteri bunian. Bahkan ada yang mendakwa apabila menyanyi lagu ni berseorangan akan ada "backup singer" yang turut menyanyi lagu ni bersama-sama dengan kita...serammm...

1) Dikatakan lagu ini berhantu disebabkan ada  seorang perempuan  yang sedang   menyanyi didalam bilik air ketika mandi dan ada yang ikut menyanyi bersamanya sedangkan ketika itu hanya dia seorang sahaja di dalam bilik air  itu.

2) Seorang wanita diganggu ketika menyanyi lagu ini di dalam bilik air juga.
Apabila dia mula menyanyi “cindailah mana” tiba-tiba ada suara perempuan menyapa “cindai di sini”, kemudian hantu itu mengilai  he…he…he… Ini adalah antara beberapa kisah dari pengalaman seram  seorang perempuan tentang lagu Cindai ini.

Siti Nurhaliza - Cindai (Official Music Video - HD)
 

Lirik Lagu Cindai - Siti Nurhaliza

Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu

Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jalan berliku
Tilam ku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku

Hias cempaka kenangan tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga sibunga impian
Gugurnya sebelum berkembang

Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan

Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi

Gurindam lagu bergema takbir
Tiong bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati

Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan di rintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali

( Lagu : Pak Ngah - Lirik : Hairul Anuar Harun )

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: