NUFFNANG

Ahad, Julai 29, 2018

Yamaha YZF R15 menawan dan berbaloi untuk dimiliki.

Yamaha Malaysia sah melancarkan Yamaha YZF R15 baharu yang berharga RM11,988 di Stadium Negeri Batu Kawan,Pulau Pinang baru-baru ini.




BERCIRIKAN masa depan dengan spesifikasi enjin terkini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha YZF R15 dalam koleksi terbaru edarannya di negara ini, hari ini.



Model berkonsepkan ‘sport’ ini adalah penambahbaikan daripada model Yamaha YZF R15 sebelum ini.



Model terbaru dengan sesaran enjin 155cc ditambah baik dengan lengan ayun aluminium bagi pengendalian lebih cekap dan kemas.


Dengan harga RM11,988, model terbaru ini dijangka memberi saingan sengit kepada model kelas sama dengannya.

“Model terbaru ini ditambah baik dengan paparan kokpit digital dan rangka kokpit lebih aerodinamik.


Selain itu, spesifikasi enjin ditambah baik dengan teknologi variable valve actuation (VVA) memberikan kelainan kepada penunggangnya.

Model itu disasarkan kepada golongan muda berusia di antara 25 hingga 35 tahun.


Tapi kalau anda yang sudah berusia 50 an hendak membeli kerana bentuknya yang menawan apa salahnya. Pasti anda kelihatan bergaya jika menunggangnya dijalanraya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: