KELIHATAN kawasan perumahan penduduk di Yogyakarta, Indonesia dilitupi abu dan pasir daripada Gunung Kelud yang meletus |
Gunung Berapi Kelud setinggi 1,731 meter sebelum ini pernah menyebabkan lebih 15,000 orang terbunuh sejak mula meletus pada tahun 1500, termasuk 10,000 kematian dalam letusan terbesar pada tahun 1568.
Gunung Kelud dilaporkan memiliki putaran letusan antara 12 hingga 15 tahun sekali. Gunung Berapi Kelud juga dianggap sebagai salah sebuah gunung berapi paling berbahaya di Pulau Jawa.
LAGENDA GUNUNG KELUD (PENGHIANATAN SEBUAH CINTA)
Menurut lagendanya 'Gunung Kelud' terbentuk dari sebuah pengkhianatan cinta seorang putri bernama Dewi Kilisuci dengan dua raja sakti Mahesa Suro dan Lembu Suro. Ketika itu, Dewi Kilisuci anak putri kepada Jenggolo Manik yang terkenal dengan kecantikannya dilamar dua orang raja. Namun yang melamar bukan dari keturunan manusia, yang pertama berkepala lembu bernama Raja Lembu Suro dan yang kedua berkepala kerbau bernama Mahesa Suro.
Untuk menolak lamaran tersebut, Dewi Kilisuci mengadakan satu pertandingan yang tidak mungkin dilakukan oleh manusia biasa, iaitu membuat dua buah kolam di atas puncak Gunung Kelud, kolam yang pertama metilah berbau hamis dan yang kedua metilah berbau wangi dan mesti disiapkan dalam satu malam atau sehingga ayam berkokok. Dengan kesaktian Mahesa Suro dan Lembu Suro, mereka sanggup dengan pertandingan tersebut.
Setelah berkerja sepanjamg malam, kedua-duanya menang dalam pertandinga membuat kolam. Tetapi Dewi Kilisuci masih belum mahu berkahwin. Kemudian Dewi Kilisuci meminta satu permintaan lagi. Iaitu kedua raja tersebut mesti membuktikan dahulu bahawa kedua kolam tersebut betul-betul berbau wangi dan hamis dengan cara mereka berdua harus masuk ke dalam kolam tersebut.
Terpedaya oleh rayuan tersebut, keduanyapun masuk ke dalam kolam yang sangat dalam itu. Sebaik mereka sudah berada di dalam kolam, lalu Dewi Kilisuci memerintahkan perajurit Jenggala untuk menimbus keduanya dengan batu. Lalu matilah Mahesa Suro dan Lembu Suro.
Tetapi sebelum mati Lembu Suro sempat bersumpah dengan mengatakan "Wahai, orang Kediri pada hari mendatang akan terima balasanku yang sangat dahsyat. Kediri akan jadi sungai, Blitar akan jadi daratan dan Tulungagung menjadi tasik. Dari legenda ini akhirnya masyarakat lereng Gunung kelud melakukan upacara sebagai tolak bala.
INILAH yang disebut upacara 'Larung Sesaji'. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan