Orang ramai tidak melepaskan peluang mengutip kerang yang terdampar di sekitar kawasan pantai di Marang. |
Penduduk menyifatkan ribuan kerang yang terdampar di atas pantai itu dipercayai kesan selepas berakhirnya hujan lebat dan ribut melanda negeri Terengganu sejak beberapa hari lalu.
Penduduk juga mengandaikan, hidupan yang biasanya terdapat di muara sungai dan laut cetek itu seolah-olah dipaksa keluar oleh gumpalan air laut selepas dibawa arus sebelum terdampar di kawasan pantai dua kampung berkenaan.
Perkara ini pernah berlaku di Lumut dan Lahat Datu sebelum ini, namun agak mengejutkan apabila ia berlaku buat kali pertama di Marang dan Terengganu kata penduduk setempat.
MUNGKINKAH DIBAWA ARUS?
Ramai penduduk percaya kejadian itu berlaku pada musim tengkujuh apabila laut bergelora dan paras air sungai naik mendadak, sekali gus menyebabkan hidupan yang tinggal di kawasan air cetek keluar serta terdampar dibawa arus ke pantai itu.
Akibat arus kuat dari muara sungai ke laut, ribuan kerang ini terdedah kepada ombak dan akhirnya dihanyutkan ke pantai semula. Kawasan pantai sudah macam pesta apabila berita mengenainya tersebar begitu cepat.
Bagaimanapun punca sebenar kerang memenuhi kawasan pantai tetap menjadi misteri.
KAITAN KERANG BULU DAN TSUNAMI
KERANG BULU BERWARNA HITAM |
KERANG BULU SEMEMANGNYA BERBULU HALUS |
KERANG YANG TERDAMPAR DI PANTAI MARANG ADALAH KERANG BIASA |
Monument Tsunami Kuala Muda, sempena bencana alam tsunami yang melanda di kawasan tu pada 26 Desember 2004. |
LIHAT VIDEO
1 ulasan:
Salam...
saya rasa ini adalah sesuatu yg luarbiasa dan kerang2 tersebut ingin memberitahu sesuatu dan ternyata ingin memberitahu tentang banjir besar yg bakal datang...
mungkin juga... yer tak?? fenomena alam yg luarbiasa selalu berkait dengan fenomena alam yg lain...
Catat Ulasan