Parut kekal kini diukir ke atas badan manusia |
Jika kebiasaannya menggunakan dakwat untuk mencacah tatu kini wujudnya cara baru untuk mengabdikan corak di tubuh tanpa menggunakan setitik dakwat.
Memetik laporan portal Mirror, parut kekal kini diukir ke atas badan manusia bagi menggantikan cacahan dakwat tatu.
Trend memarut tatu ini dipanggil ‘sacrificial branding’ |
Kini semakin banyak kedai tatu di seluruh dunia yang menawarkan teknik baru yang menggunakan pisau bedah ini berbanding cara lama dengan mesin dakwat.
Waima proses tersebut kelihatan menyakitkan, sesetengah menyifatkannya kurang sakit berbanding pencacahan tatu.
Trend memarut tatu yang dipanggil 'sacrificial branding', meskipun popular namun ianya tidak sah di sisi undang-undang. |
"Amalan pengubahsuaian badan seperti membakar, menindik dan memotong kulit akan memecahkan kulit dan mukus membran. Lantas terdapatnya peningkatan dalam risiko parut, pendarahan dan trauma psikologi serta pendedahan dan jangkitan patogen bawaan darah seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV," jelasnya.
Teknik ini melibatkan corak yang diukir sekali gus menanggalkan kulit sehingga terbentuknya parut sempurna. |
Pada zaman dahulu kala, pencacahan tatu berasal dari budaya kaum orang asli di mana ahli-ahli melakukannya sebagai upacara penggenapan kepada suku kaum atau pemujaan kepada tuhan.
Video: Trend baru cungkil kulit
1 ulasan:
giler lah dorang nih...huhuhu :(
Catat Ulasan