NUFFNANG

Khamis, Februari 13, 2014

VIDEO: KETAM GERGASI YANG PANDAI MEMANJAT DAN MEMETIK KELAPA

ADA yang gelar 'Umang-Umang Kelapa'
'KETAM KELAPA' inilah ketam darat terbesar di dunia, yang mempunyai berat setiap seekor kira-kira 5 hingga 9 kilogram. Kuat dan tangkas, ia mempunyai kebolehan memanjat pokok kelapa, mengupas kulit buah kelapa dan memecahkan tempurung kelapa untuk dimakan 
isinya.

Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu betapa SABAH, satu-satunya negeri yang mempunyai banyak Ketam Kelapa. Malah ramai juga tidak tahu ketam ini boleh dimakan dan rasanya memang lazat.
Anehnya, Ketam ini hanya keluar dari lubang sarangnya hanya semata-mata untuk memanjat pokok Kelapa dan menjatuhkannya ke bawah dan mengupas buahnya dengan sepitnya yang kuat. Ketam ini tidak pernah mengupas buah kelapa di atas pokok. Mungkin susah kopek kelapa atas pokok agaknya.
Ketam ini biasanya hidup berhampiran kawasan yang berlubang dan berair tidak jauh dari kawasan yang ada pokok kelapa.
Kelapa bukanlah satu-satunya makanannya walaupun ia seperti makanan ruji dan kegemaran utama ketam yang dikenali oleh orang Inggeris sebagai 'Robber Crab'. Mendapat gelaran ketam pencuri kerana sifatnya yang biasanya seperti pencuri memanjat pokok kelapa senyap-senyap di waktu malam semasa tuan kebun kelapa tiada.

LIHAT VIDEO KETAM PANJAT POKOK KELAPA:


Di Indonesia ketam ini di kenali sebagai 'Ketam Kenari' dan biasanya ditemui di Pulau Talaud, Sulawesi dan beberapa tempat lain. Di Malaysia secara eksklusif, hanya ada di dua tempat iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai kedua-duanya di daerah Tawau dan Semporna.

RASANYA  sangat lazat...Tapi sangat mahal susah pulak nak dapat...
Tengok bentuknya, bagi yang tidak tahu, mungkin akan rasa seram dan geli. Tetapi mereka yang sudah merasa tidak, mungkin akan melupakan rasanya kerana memang seperti Ketam, tetapi lebih 'juicy' dan penuh padat dengan daging putih yang tebal.

LIHAT VIDEO CARA TANGKAP KETAM KELAPA:

Di katakan harganya sekarang sangat mahal. Jika di restoran biasa, ia mungkin sukar ditemui kerana Ketam ini haiwan yang di lindungi undang-undang. Harganya mencecah RM300 sekilo dan lebih.

Ketam ini tidaklah ganas atau menyerang manusia atau binatang apapun juga walaupun panjangnya boleh mencecah satu meter. Ketam ini lebih mencintai Kelapa dan tidak akan peduli anda walaupun anda berhampirannya.
JINAK boleh buat haiwan peliharaan...Awas sepitnya!
Makanan lain Ketam ini adalah ketam-ketam kecil, buah pandan, burung-burung kecil termasuk juga kulit kayu yang sudah mati. Ketam ini juga boleh dijadikan PET atau binatang peliharaan kerana penjagaannya yang mudah dan tidak ganas. Malah Ketam ini yang sering menjadi mangsa binatang lain selain manusia seperti makanan babi hutan, burung-burung yang lebih besar seperti helang, biawak dan sebagainya.

lLIHAT VIDEO MAKAN KETAM KELAPA BAKAR DIPULAU:

Namun manusialah ancaman sebenar. Kepada peminat Ketam. Anda tidak sah selagi belum merasa Ketam Kelapa kerana rasanya yang 'super duper delicious'. Datanglah ke Sabah dn lawatlah Pulau Sipadan dan Kapalai keran Ketam ini banyak dan mudah ditemui.
Nak cuba makan ketam kelapa?

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: