NUFFNANG

Sabtu, November 22, 2014

DEMAK SKYLINE 200 MOTOR BESAR 200CC MAMPU MILIK

Demak Skyline 200 memang cantik dan nampak sporty
JENAMA motosikal tempatan Demak di pasaran ketika ini boleh dikatakan menawarkan pelbagai model yang menarik, antaranya termasuklah jentera ‘naked’ dengan enjin 200cc dan harga yang memang berbaloi dan mampu milik. Kepada yang baru mahu berjinak-jinak dengan motor besar dan ingin bergaya dengan motor ala superbike inilah masanya.

Demak Skyline 200: Nampak bergaya seperti sebuah superbike
Belakang Demak Skyline 200 yang cantik dan bergaya seperti Ducati Panigale
Paling terkini ialah sebuah lagi jentera ‘naked’ yang tampil lebih sporty dan menawan, dikenali dengan nama Demak Skyline 200.
Kawasaki Z800
Demak Skyline 200 dikuasakan enjin 200cc. Sekali imbas dirasakan Demak Skyline 200 ini mengambil inspirasi daripada model Kawasaki Z800.
 SEAT Ducati Panigale
Demak Skyline 200: Tempat duduk bertingkat mirip Ducati Panigale

Demak Skyline 200.Lampu belakang mirip lampu Ducati Panigale
BELAKANG DEMAK SKYLINE200

Berkenaan harga, Demak Skyline 200 ditawarkan pada harga di antara RM9,000.00 sehingga RM10,000.00.
 Lampu belakang Ducati Panigale mirip Skyline200
Demak Skyline 200: Dengan meter digital dan bergaya

Demak Skyline 200 ditawarkan dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu biru, hijau, merah dan hitam. Pada pendapat anda, pada pendapat admin Demak Skyline 200 ini merupakan sebuah pilihan yang terbaik dengan harga yang berpatutan berbanding model-model lain di pasaran.
Skylineline200 dikatakn sangat stabil semasa mengambil selekoh tajam - Kredit pic from  tajeritsukasa-


Konvoi skyline200 - Kredit pic from Ray Superbike
PENGALAMAN ADMIN SENDIRI SEBAGAI PEMILIK SKYLINE-200 :
Sebenarnya admin sendiri adalah pemilik dan pengguna skyline-200. Kenapa admin beli motror ini? pertama designnya yang menarik dan cantik nampak besar dan gemuk serta harganya yang mampu milik.
SKYLINE 200 MILIK ADMIN
Soal jenama dan enjin bagi admin perkara subjektif. Yang penting penjagaan kita terhadap sesebuah jentera yang kita miliki.
Skyline 200 tiada visor, admin tambah aksesori kasi lebih sporty sikit...
Buat pertama kalinya menunggang skyline-200  admin rasa begitu kekok dan janggal. Apa tidaknya motor ni terasa berat tinggi dan besar. Yang pasti dan amat membanggakan semua pengguna jalanraya menjeling skyline-200 yang gagah meredah jalanraya yang admin tunggang.

Perjalanan pertama kali sejauh 35 km untuk pulang kerumah dari Skudai Parade Johor (Tempat admin beli motor) ke rumah berjalan lancar. Penukaran gear sangat baik dan lembut begitu juga dengan sistem brek begitu mencengkam. Admin speed sekitar 90 hingga 120 km sejam...motor masih baru kena layan slow-slow. Hanya ini yang dapat admin kongsikan dulu sekiranya ada perkara-perkara baru tentang skyline-200 ni akan admin kongsikan bersama.

KELAB SKYLINE 200 (DSO)
Head di Facebook Kelab Demak Skyline 200 (DSO)
Ok, Kepada sesiapa yang dah beli motor ni boleh lah join kelab (DSO) Demak Skyline Official. Ahli kelab ni  ada dalam 5000 ahli. Bila dah join bolehlah berkonvoi ramai-ramai sebab ahli-ahli kelab ni memang suka berkonvoi. Cara join kelab ni masuk FB search DSO terus daftar disitu.





Dengan menyertai kelab (DSO) ni bolehlah sesama ahli bertukar fikiran atau bertanyakan hal-hal berkaitan jentera Demak Skyline 200 ni atau mengikuti aktiviti seperti berkonvoi.

SPEC ENGINE DEMAK SKYLINE_200

1- Engine: Single Cylinder, Air Cooled, 4 Strokes
2- Engine Capacity: 193.2 cc
3- Dimension (mm): 2040 x 800 x 1100
4- Wheelbase (mm): 1375
5- Maximum Power: 11 kW/7500 rpm
6- Maximum Torque: 14 Nm/6500 rpm
7- Lubrication: Pressure, Splash
8- Ignition: CDI
9- Compression Ratio: 9:0:1
10- Bore x Stroke (mm): 63 x 62
11- Transmission System: Chain Drive
12- Brake (Front/Rear): Disc/Disc
13- Dry Weight: 130 kg
14- Starter: Electric/Kick
15- Front Tyre: 110/70H-17
16- Rear Tyre: 130/70-17
17- Seat Height: 800 mm
18- Clutcj Type: Multiplate Wet Clutch
19- Ground Clearance: 180 mm
20- Rider Capacity: 2
21- Fuel Tank Capacity: 15 L
22- Battery: 12V/6.5AH

Pengetahuan Asas Untuk Pengguna Baru Demak Skyline 200

Oleh Wan Muhammad Syafiq (DSO)

1. Full tank minyak dalam RM26.(start lampu berkelip masih ada dlm RM10)

2. Full tank bole pergi lebih 300 km bergantung kepada kelajuan.(yang merembat mungkin kurang)

3. Top speed motor ni lebih drpd 150kmj mengikut meter.(brader zul skyline pna dpt 160kmj, brader lengchai pna dpt 166kmj. top speed ni bergantung pada berat dan keadaan sekeliling.)

4. Ralat meter 20 ke 30 kmj.(maknanya klu meter 160 tolak la dlm 30 cmtu)

5. Penggunaan minyak hitam yg disarankan oleh Pomen SC ialah minyak fully synthetic(contohnya 15w50) kerana enjin DS200 ni panas sebab tiada liquid coolent. (so far minyak paling sedap sy cuba Silkolene 15w50 yg digunakan oleh motor Hafizi Kmn)

6. Antara masalah umum DS200 ni ialah rantai cepat kendur.(menurut Pomen SC cara untuk mengatasi masalah ni ialah tukar kepada rantai O ring saiz 520 harga dlm RM200 di Sentul)

7. Tayar stock DS200 ialah hard compund yg kurang sesuai semasa hujan.(ada brader dr perak dah try Michelin Pilot Street n die kate oke tayar tu.credit to Onni Onitsuika)

8. Spocket asal DS200 ni ialah 14-38.(info dr Zul Skyline)

9. Masalah lain ialah meter masuk air. Kepada pengguna DS200 bole terus ke SC untuk tukar meter baru.(bole guna apa2 jenis windshield asalkan bersesuaian dan biar kedai moto yg pikir cmne nk buat bracket die..hikhik)

10. Untuk exhaust pula, xkisah nak pakai exhaust apa asalkan jgn usik piping asal..klu takat tap welding yg bole bukak senang2 tu xde masalah.(senang klu nk tukar balik exhaust asal sekiranya nk claim warranty n klu jpj bg surat cinta utk inspection...pendapat sy, exhaust bro hafizi drpd Takim bole tahan sebab so far sy tgk exhaust die yg paling kurang back pressure)

11. Kos maintenance pulak bergantung kepada selera sebab DS200 ni tukar minyak hitam dan Plug saja.(Silkolene 15w50 dlm RM45, Hi Rev 15w50 dlm RM50 sebotol...Plug xsure lg sbb xpna tukar lg).

12. MINYAK HITAM 1.2 LITER. (tp Pomen SC ckp bole pakai 1liter klu fully cume jaga mileage jgn lebih. lg satu bole letak 1 liter pastu tmbh additive/oil treatment bg minyak lg likat)

13. Pada kaki leper, kalau corner belah kiri akan sagat stand kalau belah kanan akan sagat exhaust.(ni cite standard oke..)

14. Turunkan fork maksimum 2inci n kena tukar stand. (bole pakai stand Yamaha 135 LC. Corner pun lg sedap).

15. Mono DS200 tak boleh rendahkan tapi bole ketat n lembutkan. (mybe klu nk rendahkan kne pakai dogbone atau potong spring)

16. Info daripada bro Apiz King, selalu ketatkan skrew pada moto anda sbb vibration akan sebabkan skru senang tercabut.(pengalaman sy balancer nk tertanggal mase tga ride)
17. Untuk penjagaan rantai, pastikan rantai tidak kering dengan meletakkan chainlube.(mcm sy pakai maxima chainlube, ade yg pakai silkolene, x kisah brand pape asalkan elok dan ada yg letak minyak grease)

18. KALAU ADA PENAMBAHAN DAN PEMBETULAN BOLEH INFORM DIRUANGAN KOMEN.

BERAT KERING MOTOR INI IALAH 143KG(INFO DR ALIF HAIRE)

Penghargaan kepada Alif Haire dan Ahmah Fitri Oppie selaku admin DSO, rakan-rakan yang membantu dan memberi maklumat tentang post ini secara langsung dan tidak langsung.


Sumber: www.facebook.com/notes/demak-skyline-official

LIHAT VIDEO

Walau bagaimanapun tepuk dada tanya selera...tepuk poket tanya duit!

LIHAT VIDEO

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bore x stroke
63mm x 62mm
melihat saiz piston dia yg 63mm mmg nampak kecil berbanding piston suzuki belang
kelebihan stroke yg panjang 62mm..
ini adalah kelebihan rpm mampu menjana melebihi 12k krn crank shaftnya mesti besar.
stroke 62mm mmg besar
stroke motor lain
belang 48mm
honda cbr 150 49mm++
ex5 49mm++
kriss 50.6mm
honda wave 110 54mm
duke 200 54mm
magelli 250 54mm
wave 125 57.9mm
yamaha lc 58.8mm
modenas gt128 59.2mm
naza N5 59.6mm
dan motor keeway 200cc 62mm sama model ni 62mm juga..
kelebihan stroke panjang x perlu jackrod lagi.
cari blok lain cari piston sama pin.
dapat pakai piston naza N5 saiz 75mm..
luaskan intake head.
kalau dapat pakai valve besar lagi bagus.
mesti cc motor mampu mencapai 400cc dgn horspower melebihi 30hp..
ada berani?

Unknown berkata...

Salam bro..saya nak Tanya sikit..kalu nak tukar cdi unit apa yang boleh masuk dekat DS200..

Unknown berkata...

Salam satu malaysia... Sy nak tanya spark plug utk ds200 yg sesuai digunakan...

Unknown berkata...

Salam satu malaysia... Sy nak tanya spark plug utk ds200 yg sesuai digunakan...

Yasin berkata...

Tinggi 1.75m, berat 100kg sesuai ke naik moto ni?

Tanpa Nama berkata...

Bo's nk Tanya harga set lampu hdapan skali meter brapa harga

Unknown berkata...

Boleh le kalau nak tambah penyejuk engin

Eee berkata...

nk tnya mtr ni memang xpakai minyak 2T ke?

Unknown berkata...

Demak ni rasa brand dari sri lanka kan?bukan tempatan

Unknown berkata...

Serba sedikit membantu yap mmg org pandang motor nie tpi xde idea nk buat speed melambung hahaha cdi racingpun Agak mahal dan byk jenis sampai confius mne stu yang bersesuaian nk jgak tgk spsp buat video tentang kelajuan demak skyline nie yang sebenar vs y15 dgrcita kalau jarak jauh Ds boleh tapau sbb kelajuan ds lebih tertumpu pada pemanduan jarak jauh pickup Agak sedikit kurang berbanding jenama unggul yamaha y15 tpi still membanggakan sbb masih boleh tapau kalau long ride

Unknown berkata...

Serba sedikit membantu yap mmg org pandang motor nie tpi xde idea nk buat speed melambung hahaha cdi racingpun Agak mahal dan byk jenis sampai confius mne stu yang bersesuaian nk jgak tgk spsp buat video tentang kelajuan demak skyline nie yang sebenar vs y15 dgrcita kalau jarak jauh Ds boleh tapau sbb kelajuan ds lebih tertumpu pada pemanduan jarak jauh pickup Agak sedikit kurang berbanding jenama unggul yamaha y15 tpi still membanggakan sbb masih boleh tapau kalau long ride

Unknown berkata...

Serba sedikit membantu yap mmg org pandang motor nie tpi xde idea nk buat speed melambung hahaha cdi racingpun Agak mahal dan byk jenis sampai confius mne stu yang bersesuaian nk jgak tgk spsp buat video tentang kelajuan demak skyline nie yang sebenar vs y15 dgrcita kalau jarak jauh Ds boleh tapau sbb kelajuan ds lebih tertumpu pada pemanduan jarak jauh pickup Agak sedikit kurang berbanding jenama unggul yamaha y15 tpi still membanggakan sbb masih boleh tapau kalau long ride

Wan berkata...

Klu pkai minyak HDEO mcm Rimula R4X 15-40 boleh tak...
Moto ni pakai oil filter tak?

Unknown berkata...

Kenapa lampu meter jadi warna hijau.. Sepatutnya warna biru.. De spe2 bleh bantu sy

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: