NUFFNANG

Jumaat, Jun 24, 2016

Fakta Mengejutkan!!! Zombie Sebenarnya Pejuang Islam Di Brazil - Ini Sejarah Lengkapnya

Selama ini kita mengenali “Zombie” difilem-filem Hollywood atau permainan (games) samada di komputer atau smartphone yang diperkenalkan oleh dunia Barat sebagai mayat hidup menyeramkan yang tidak mempunyai hati atau fikiran serta memakan otak manusia atau makhluk hidup bernyawa.
Siapakah sebenarnya Zombie itu?...
Zombie digambarkan sebagai makhluk jahat yang harus  dihapuskan. 
Kaum bukan Islam menggambarkan Zombie sebagai mayat hidup yang tidak mempunyai kebaikan walau sedikit pun.

Inilah wajah sebenar (Zombie) Zumbi Dos Palmares
Namun demikian, Anda pasti terkejut, setelah mengetahui Zombie merupakan pejuang Islam di wilayah Amerika Selatan, iaitu di Brazil.



Berikut, fakta sebenar sejarah Zombie ‘Pahlawan Islam’ yang dipetik dan diterjemah dari tulisan penulis Palestin Jihad al-Turbanli berjudul “Miatu min Udzomal" Ummah al-Islam Ghoiru Majro at-Tarikh.”

Menurut buku tersebut...
Didalam buku atau kitab ini ada diceritakan secara lengkap tentang kepahlawanan Zombie...
Zombie sebenarnya seorang pahlawan Islam yang gagah berani yang telah berjasa menyebarkan agama Islam di Negeri Samba itu.

Dengan secara berperingkat-peringkat, Zombie bersama para Ulama setempat berjaya menubuhkan sebuah Daulah Islamiyah di Brazil.

Di abad ke-XVI, sekitar tahun 1550 Masehi, Islam mulai dibawa masuk ke Brazil. 

Ketika itu, bangsa Portugis membawa masuk pemuda-pemuda Afrika ke negara pengeluar kopi tersebut sebagai tenaga pekerja di kebun tebu.

Majoriti pemuda-pemuda Afrika itu beragama Islam sehingga pada masa itu ramai sekali Muslim dan Muslimah yang tinggal di Brazil.

Hari demi hari, jumlah Muslim di Brazil semakin ramai. Selain para pendatang, penduduk asli juga mulai beramai-ramai masuk Islam, menjadi seorang Mualaf. Kaum Muslim semakin hari semakin kuat dan ditakuti ketika itu.
Ketika kedudukkan Islam di Brazil semakin kuat, Tentera Salib dan Pasukan Salibis membunuh para Ulama dan penyebar Islam serta menghancurkan budaya Islam di Brazil. 

Pasukan Salibis berusaha menghancurkan Islam hingga ke akar umbi. Dan mereka menganggap cara mereka berjaya. Islam sudah musnah di Amerika Selatan.

Dalam keadaan khuatir hancurnya peradaban Islam di Brazil pada 1643 yang silam, muncullah pejuang Islam.

Dengan semangat menegakkan syariah Islam, Zombie mendeklarasikan berdirinya Negara Islam di Brazil setelah sebelumnya berdakwah serta membawa syiar Islam ke berbagai pelusuk wilayah Brazil.

Selain itu, Zombie juga mengajak para tokoh dan pemimpin di daerah terpencil untuk masuk Islam (Mualaf).

Tentera Salibis yang menjangkakan Islam di Brazil telah musnah, lalu tersentak. Sebenarnya Islam belum mati di negara yang terkenal dengan bola sepaknya itu. 
Zombie kembali menghidupkan serta menyebarkan ajaran Rasulullah SAW di Bumi Brazil.

Oleh kerana itu, pasukan Salibis bersama tentera Salib lantas menjadikan Zombie sebagai sasaran pembunuhan. 

Mengetahui perkembangan yang luar biasa dari Islam, pihak Portugis telah melancarkan peperangan kepada negara kecil yang sedang berkembang di Benua Amerika itu.
Tugu ini dibina di Brazil sebagai mengenang jasa dan kepahlawanan beliau
Namun demikian dengan kuasa dan kebesaran Allah SWT, Zombie bersama umat Islam Brazil pada peperangan pertama itu telah berjaya mengalahkan penjajah hingga berkembang luaslah wilayah mereka.

Malahan Zombie juga dapat menakluk 20 daerah di wilayah negara di Brazil. Dengan itu maka berlangsunglah negara Islam Brazil ini sehingga lebih 50 tahun lamanya.

Perjuangan Muslim kulit hitam melawan imperialis terus berlaku hingga memaksa Portugis memadamkan perkembangan Islam yang semakin membesar.

Maka kemudian dikirimlah Angkatan Laut di Eropah untuk membantu Portugis dalam menghancurkan benih-benih Revolusi Islam pada 1695 Masehi. 

Hingga, para pejuang Islam gugur satu persatu dan Imperialis semakin mengibarkan bendera kekuasaan mereka di tanah Brazil.

Rupa-rupanya, Zombie bukan hanya dimusuhi di masa itu. Namanya juga diputarbelitkan faktanya di abad moden ini.
Penjajah Barat telah memutar belitkan fakta dengan menyebarkan wajah (image) Zombie kerana mereka takut akan munculnya lagi seorang pahlawan Islam seperti Zombie di Benua Amerika Selatan.

Wallahu a'lam...




Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: