Tetapi inilah satu lagi bukti keagungan dan kebesaran Tuhan yang Maha Menciptakan setiap apa yang DIA mahukan.
Terletak di Gerlach Washoe Country, Nevada yang merupakan kawasan tanah persendirian, pancuran air panas ini masih belum diteroka dan keasliannya dikawal dan dijaga dengan ketat.
Kolam ini tidak pernah dibuka kepada sesiapa dan tidak ada yang dibenarkan mendekati kawasan ini.
Buat pengetahuan anda semua, bukit pancuran air panas ini terletak di dalam ladang dan binaan pagar tinggi telah siap dipasang mengelilingi keseluruhan kawasan tersebut.
Pemilik menyatakan bahawa tujuan beliau berbuat sedemikian rupa adalah untuk menjaga keaslian dan 'harta' tersebut demi dirinya sendiri.
Namun begitu, bukit yang memiliki struktur dan rona indah ini tidak 'terlepas' dari menjadi perhatian orang awam kerana masih ada yang tetap cuba mendapatkan panaorama indah itu biarpun dari jauh dengan menggunakan lensa kamera.
Video : Amazing Fly Geyser, Exclusive Interview
Tiada ulasan:
Catat Ulasan